Slide Cahaya - Hati

Nurul Qolby 1234567 Slideshow: Nurul’s trip from Jakarta, Java, Indonesia to 3 cities , Bangladesh and Indonesia (near Benteng, Selayar Island) was created by TripAdvisor. See another Indonesia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.
http://tripwow.tripadvisor.com/tripwow/ta-009b-86da-4384

Selasa, 22 Maret 2011

Wasiat Imam Hassan Al-Banna

Al-Banna adalah seorang tokoh Ikhwanul Muslimun yang amat masyhur di Mesir. beliau telah meninggal banyak pesanan yang boleh dianggap sebagai wasiat kepada seluruh umat Islam. wasiatnya amat berguna kerana ianya adalah berdasarkan kepada Al-Qur'an dan Hadith nabi SAW. yang lebih penting adalah adalah pesanan ini diharapkan dapat menguatkan keimanan dan semangat dalam menjalani kehidupan seharian.
Wasiat tersebut adalah seperti berikut:
Wahai kawan-kawanku, bersegeralah tunaikan solat pada awal waktu apabila mendengar azan, usahakanlah semampu dan seterdaya mungkin (untuk bersembahyang). Ini membuktikan kesungguhan kalian. Di situ ada sumber kejayaan, pertolongan dan taufiq. Perhatikan, banyak perintah ayat Al-Qur'an dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat walaupun di medan perang dan pada saat genting dan cemas.
Wahai kawanku, bacalah Al-Qur'an dan perhatikan mesejnya. Selalu berzikir dan cari ilmu, walaupun sedikit. Kurangkan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya Al-Qur'an sumber asli lautan ilmu, sumber hidayah kepada kalian dan saya. Bacalah Al-Qur'an kerana kelak ia akan memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba menghayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir. Di sini ada ketenteraman kedamaian dan kesalaman. Jadilah hamba yang sejahtera.
Wahai kawanku, dorongkanlah diri kalian untuk menguasai bahasa Al-Qur'an. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya kalian sudah lama memulainya iaitu sejak kalian solat setiap hari. Sebut dahulu walaupun tidak faham. Antara malapetaka pertama menimpa umat kita adalah kecuaian menguasai bahasa agamanya dan hanya mengutamakan menguasai bahasa pasar. Ayuh! Apa tunggu lagi, bukalah ruang walaupun hanya seminit.
Wahai kawanku, usahlah bertarung idea tanpa adab. Berdebatlah jika ianya membuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain yang membisikkan, Syaitan namanya.
Wahai kawanku, senyumlah selalu tetapi bersederhanalah dalam ketawa. Rasulullah SAW paling banyak tersenyum. baginda ketawa kena pada tempatnya, tetapiberpada-pada sahaja.
Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair,"Rehatlah jiwamu yang sibuk dengan berfikir, ubatinya dengan bergurau. Tetapi kalau mengubatinya dengan bergurau, mestilah dalam batas seperti kalian masukkan garam ke dalam gulai".
Wahai kawanku, kawal nada suaramu setakat diperlukan pendengar di depanmu. Jangan berlebihan sehingga kata-kata kita menyakiti orang lain. Luqmanul Hakim mencela juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai. Surah Al-Isra' memberi tips kepada kita : "Jangan keraskan suaramu dalam solat tetapi jangan pula merendahkannya, cari jalan tengah antara keduanya".
Wahai kawanku, usahlah umpat-mengumpat. Usahlah merendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh! Hindarilah mengumpat. Jangan sesekali mencabuli jemaah yang lain. Adakah kalian suka memakan daging saudara kalian yang telah mati? Tentu sekali tidak bukan! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika kalian mengumpat, tetapi mestilah meminta ampun daripada orang yang diumpat. Boleh mengumpat untuk tujuan syarie, iaitu untuk menuntuk keadilan apabila dizalimi, untuk menghapuskan kemungkaran, untuk memberi amaran kepada Muslim mengenai kejahatan dan untuk mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan satu-satu pihak.
http://img402.imageshack.us/img402/1663/commentsfb.png
Buat Facebook Comment, klik disini

Tidak ada komentar:

Posting Komentar