DAN MANDI JUNUB
Tayammum adalah merupakan salah satu nikmat yang paling besar yang
dianugerahkan hanya kepada umat Muhammad s.a.w.:
“Aku diberi lima kelebihan yang tidak pernah diberikan kepada seorang pun
sebelumku. Aku diberikan pertolongan di mana musuh berasa gentar (takut) sebulan
sebelum peperangan, seluruh muka bumi dijadikan bagiku sebagai masjid dan alat
untuk bersuci. Oleh itu, mana-mana umatku yang menepati waktu solat telah
masuk, dia bolehlah terus solat di situ... (Hadis Riwayat Bukahri Dan Muslim)
Tayammamu adalah merupakan bentuk pengabdian diri kepada Allah dengan
kaedah-kaedahnya yang tertentu berdasarkan dalil-dalilnya.
Imran bin Hushoin r.a. berkata:
“Kami telah musafir bersama Rasulullah s.a.w. Baginda telah mengimami solat.
Setelah selesai solat, baginda melihat seorang lelaki tidak solat bersama. Lalu
baginda bertanya: apakah yang menghalangmu daripada solat bersamaku?
Jawabnya: Aku sedang berjunub dan tidak menemui air. Baginda bersabda: Gunalah
debu tanah, iaitu bertayammum. Ia sudah memadai bagimu.” (Hadis Riwayat
Bukhari Dan Muslim)
‘Amr bin Syu’aib r.a. berkata, ayahnya pernah mendengar dari[pada datuknya
bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Bumi ini dijadikan bagiku sebagai masjid (tempat solat) dan alat untuk bersuci jika
tiada air. Oleh itu, di mana saja aku mendapati waktu solat telah masuk, aku akan
menyapu (bertayammum) dan terus solat.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Huzaifah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Kita ada tiga kelebihan berbanding umat yang lain, iaitu saf-saf kita kelihatan
seperti saf para malaikat, seluruh bumi boleh dijadikan masjid (tempat solat) dan
tanahnya boleh dijadikan alat untuk bersuci apabila kita tidak menemui air.” (Hadis
Riwayat Muslim)
Ammar r.a. berkata:
“Suatu ketika, aku telah berjunub. Kemudian, aku tidak menemui air lalu aku
berguling di atas tanah. Seterusnya, aku menunaikan solat. Setelah menemui Nabi
s.a.w. aku ceritakan hal itu kepada baginda. Lalu baginda bersabda: Sebenarnya,
memadai engkau hanya melakukan begini lalu baginda menepuk tanah dengan
kedua-dua belah tapak tangannya serta meniup kedua-duanya. Kemudian, baginda
menyapu muka dan tapak tangan hingga ke pergelangan tangannya dengan debu
itu.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
HIKMAH DISYARI’ATKAN BERTAYAMMUM
Buat Facebook Comment, klik
Tidak ada komentar:
Posting Komentar