|  |  |  | 
                               | NABI ADAM |                                 | Kemudian  diciptakan Allah pula ADAM sebagai manusia yang pertama,                                     untuk menghuni dibumi luas yang  sudah terbentang, beranak dan berketurunan menjadi manusia banyak,  berpuak puak dan berbilang                                     bangsa, berselerak ke seluruh  pelosok bumi. Maksudnya manusia itu diciptakan Allah, ialah agar  manusia itu menyembah dan                                     sentiasa mentaati segala perintahNya  serta juga menjadi pengatur bumi yang tidak teratur; bercucuk tanam,  mendirikan rumah,                                     memelihara ternakan, dan sebagainya.
 Allah memberitahu maksudNya kepada para Malaikat, "Aku ingin mencipta manusia untuk                                     menguruskan muka bumi".
 Para  Malaikat lalu menjawab, "Apakah manusia yang Engkau ciptakan itu untuk  mengurus bumi, ya                                     Tuhan kami? Tidakkah manusia itu  nanti akan merosakkan bumi dan akan menumpahkan darah berbunuhan?  Berbanding dengan kami                                     yang sentiasa patuh dan memuliakan  Engkau".
 Lalu Allah menjawab. "Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui".
 Ya, Tuhanlah yang lebih tahu  rahsia apa yang terkandung dari kejadian manusia ini. Tuhanlah yang  lebih tahu kenapa kita                                     manusia yang diciptakan Tuhan untuk  mengatur bumi, sekalipun Tuhan tentu sudah tahu pula, bawah manusia di  permukaan bumi                                     ini akan berbuat kerosakan, akan  bersilang sengketa, akan berbunuh bunuhan menumpahkan darah.
 Tetapi  janganlah sampai                                     kita lupakan, bahawa Tuhan juga  tahu, bahawa tidak semuanya manusia itu perosak, tidak semua manusia  suka bersengketa dan                                     berbunuh bunuhan. Di antara manusia  yang banyak itu, ada banyak pula yang baik, yang selalu berbuat  kebajikan terhadap sesama                                     manusia, selalu berusaha dan  berjuang untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia.
 Setelah  mendengar jawapan Allah                                     yang pendek, tetapi mempunyai erti  dan maksud yang amat dalam itu, semua Malaikat menjadi diam, tidak  menjawab lagi. Hanya                                     berkata dengan berbisik antara  sesama mereka: "Memang benar! Tuhan kita Maha Mengetahui segala sesuatu,  dari perkara yang                                     sekecil kecilnya sampai kepada  perkara yang sebesar besarnya. Ia mengetahui segala yang zahir dan yang  batin, yang kelihatan                                     oleh mata dan yang tidak kelihatan.  Tidak ada satu perkara dan kejadian yang bagaimana juga kecilnya yang  terjadi di langit                                     dan di bumi atau antara keduanya  yang tak diketahui oleh Tuhan."
 Apa saja yang Allah ciptakan, tentu  ada guna dan faedahnya,                                     tentu ada maksud dan tujuannya.  Tidak satu benda pun yang diciptakan Allah akan sia sia. Hanya kita  sendiri yang tidak atau                                     belum mengetahuinya.
 Allah  meneruskan firmanNya terhadap para Malaikat itu: "Manusia itu, iaitu  Adam, akan Aku ciptakan                                     dari tanah. Apabila sudah terbentuk  dan selesai, akan Aku hembuskan kepadanya rohKu, agar dia menjadi hidup,  dapat bergerak,                                     berperasaan, berpengertian dan  berkesedaran. Bila Adam sudah menjadi hidup dengan pengertian dan  kesedaran, hendaknya kamu                                     sekalian sujud memberi hormat  kepadanya."
 
 |                                 |  |                                 |  
 Malaikat  adalah suatu makhluk Allah yang mempunyai kesedaran yang                                     amat tinggi. Dengan kesedaran yang  amat tinggi itu, mereka menjadi makhluk yang mulia, selalu bertasbih dan  beribadat mensucikan,                                     membesarkan dan memuji muji Allah,  selalu taat menjalankan apa saja yang diperintahkan Allah kepada mereka.  Mereka tak pernah                                     derhaka atau melanggar perintah  Allah, tanpa makan dan minum, tanpa rehat atau tidur, mereka selalu  melaksanakan segala macam                                     tugas yang di bebankan Allah atas  mereka masing masing sampai hari kiamat. Bila mereka itu makhluk  yang tinggi dan mulia,                                     mengapa Allah memerintahkan mereka  untuk sujud atau menghormati Adam? Apakah Adam atau manusia lebih tinggi  dan lebih mulia                                     daripada Malaikat?
 Pertama kita  harus ingat, bahawa Allah memerintahkan Malaikat sujud kepada Adam,  bukanlah dalam erti                                     menyembah, melainkan dengan erti  menghormati. Menghormati Adam tidak dapat diertikan menghormati manusia  anak cucu Adam. Jadi                                     penghormatan ini khusus terhadap  peribadi Adam.
 Mengapa peribadi Adam harus dihormati oleh para  Malaikat? Hal ini disebabkan                                     oleh kerana peribadi Adam mempunyai  keistimewaan yang banyak sekali dan luarbiasa, yang tidak dipunyai oleh  manusia manusia                                     lain atau makhluk yang mana pun  juga. Keistimewaan keistimewaan yang luar biasa itu adalah sebagai  berikut:
 Adam adalah                                     manusia pertama. Sebelum Adam, belum  ada manusia. Seluruh manusia selain Adam, semuanya adalah keturunan  Adam. Di antara manusia                                     keturunan Adam itu, ada yang menjadi  Nabi dan Rasul, menjadi orang orang suci. Diantaranya ada orang pandai  dalam berbagai                                     bidang, yang menyebabkan kemajuan  hebat bagi manusia dari abad ke abad. Lihatlah kemajuan anak cucu Adam  yang hidup diketika ini.
 Sekalipun ada pula diantara anak  cucu Adam sendiri yang menjadi perosak dan penjahat. Sebab itu, memang  sudah sepatutnya                                     kalau para Malaikat memberikan  penghormatan atau sujud kepada Adam sebagai manusia pertama dan  mempunyai turunan yang hebat                                     itu.
 Adam diciptakan sendiri  olehNya. Sedangkan makhluk lain, seluruhnya diciptakan Allah dengan  perkataanNya: "Bila Allah                                     menghendaki sesuatu, Ia hanya  berfirman: Jadilah! Maka jadilah apa yang dikehendaki Allah itu." Hanya  Adam, yang Allah ciptakan                                     dengan kedua tanganNya. Demikianlah  menurut al-Quran. Sedang menurut Hadis, selain Adam, juga 'Arasy dan  Syurga yang diciptakan                                     Allah dengan tanganNya. Maka sudah  sepatutnya kalau para Malaikat diperintahkan Allah untuk menghormati  Adam. Kerana ia diciptakan                                     Allah dengan tanganNya, Adam sungguh  suatu makhluk yang terhormat tiada taranya dialam ini.
 
  
  
 Selain  manusia pertama yang diciptakan Allah dengan tanganNya, Adam                                     adalah pula seorang Nabi, seorang  yang mendapat wahyu dari Allah. Menurut sebahagian Ulama, para Nabi dan  Rasul memang sama                                     darjat kemuliaannya dengan para  Malaikat. Bahkan ada diantara Ulama yang berpendapat bahawa Nabi dan  Rasul itu darjat kemuliaannya                                     melebihi para Malaikat, sebab  Jibrail sebagai Malaikat tertinggi, ditugaskan pula menjadi perantara  antara Allah dengan para                                     Nabi dan Rasul itu. Seperti  halnya dengan para Malaikat, maka Adam pun mempunyai kesedaran dan  pengertian (akal), sehingga                                     Adam dan keturunannya dapat  menyedari dan mengerti akan kebesaran Allah yang menciptakan dirinya dan  seluruh alam, dapat menyedari                                     dan mengerti akan perintah perintah  dan larangan Allah.
 Adam dan manusia diciptakan Allah dalam sebaik  baiknya kejadian,                                     kerana dia terdiri dari jasmani dan  rohani (roh, akal, hati dan nafsu), sehingga ia menjadi suatu makhluk  yang beradab dan                                     berkebudayaan, terus maju tidak  beku.
 Adam dan keturunannya diciptakan Allah untuk menjadi Khalifah (penguasa atau pengatur)                                     dibumi, sebagaimana Allah menciptakan Malaikat sebagai Khalifah di langit.
 Kerana  menyedari akan kedudukan dan kemuliaan                                     Adam, para Malaikat dapat mengerti  akan perintah Allah untuk menghormati Adam. Mereka lalu menjawab:  "Baiklah, ya Tuhan kami.                                     Kami dengar dan kami taati segala  perintahMu." Allah lalu menciptakan Adam dari tanah dengan tanganNya  sendiri. Berbentuk                                     seperti bentuk kita manusia sekarang  ini. Iaitu berkepala, berbadan, bertangan dan berkaki. Lalu Allah  hembuskan roh kepadanya,                                     sehingga Adam menjadi hidup.
 Adam  menggerakkan kedua tangan dan kakinya, lalu ia bersin (batuk), sehingga  bergerak sekujur                                     badannya, terbuka kedua matanya,  bergerak jantung dan paru parunya. Sekaligus ketika Adam membuka kedua  matanya, melihat seluruh                                     alam di sekitarnya, timbullah  pengertian dan kesedaran, dan dengan pengertian dan kesedaran itu, dia  mengucap: Alhamdulillahi                                     Rabbil Alamin (Segala pujian bagi  Allah yang mengatur seluruh alam). Para Malaikat kagum sekagum kagumnya  melihat dan mendengar                                     ucapan pertama yang keluar dari  mulut Adam. Satu ucapan yang berisi pengertian dan kesedaran tertinggi.  Pengertian dan kesedaran                                     bahawa alam ini seluruhnya  diciptakan dan diatur oleh Allah, sebab itu Allah selamanya harus selalu  disanjung dan dipuji.
 Para Malaikat serentak menjawab ucapan Adam: "Yarhamukallahu, ya Adam." Ertinya: Allah selalu menumpahkan rahmatNya kepada                                     engkau, ya Adam, dan selamatlah.
 Para  Malaikat lalu beratur mengelilingi Adam, lalu sujud dan menghormati  kepada Adam,                                     sebagaimana yang diperintahkan oleh  Allah kepada mereka. Hanya Iblis yang tak mahu sujud dan tidak mahu  menghormati Adam.                                     Dia tetap berdiri dan membangkang  dengan sombongnya, tidak mahu menjalankan apa yang diperintahkan Allah.
 Allah  lalu berkata                                     kepada Iblis itu: "Bukankah engkau  juga makhluk ciptaanKu, yang juga harus tunduk dan menjalankan  perintahKu? Tetapi kenapa                                     engkau tidak sujud dan tidak memberi  hormat terhadap Adam sebagaimana Aku perintahkan?"
 Iblis menjawab:  "Engkau ciptakan                                     aku dari api dan Adam dari tanah.  Api lebih mulia dari tanah. Itu bererti yang aku lebih mulia dari Adam.  Maka tidak sepatutnyalah                                     aku sujud dan hormat terhadap Adam  itu."
 Mendengar bantahan Iblis itu, Tuhan menjadi marah, lalu  berkata kepada Iblis:                                     "Tempat ini (Syurga) bukan tempat  orang yang menyanggah terhadap Aku. Sekarang juga, engkau harus keluar  dari sini."
 Sesudah                                     keluar dan terusir dari Syurga,  Iblis kembali menyanggah dan berkata kepada Allah: "Ya, Tuhan! Engkau  usir aku dari Syurga                                     ini kerana Adam. Aku bersumpah,  bahawa aku dengan semua anak keturunanku akan memusuhi Adam dan semua  anak dan keturunannya                                     buat selama lamanya. Mereka akan aku  sesatkan. Mereka akan aku celakakan. Aku akan ajak dan anjurkan kepada  mereka untuk berbuat                                     keburukan dan kerosakan didalam  dunia ini nanti, agar kehidupan mereka selamanya susah dan kacau bilau  belaka."
 Mendengar                                     ancaman Iblis itu, Allah lalu  berkata: "Untuk menghindarkan tipu daya mu itu, kepada manusia akan Aku  beri suatu senjata yang                                     ampuh, ialah akal. Akal itu akan Aku  bimbing dengan petunjuk petunjuk (agama), Manusia yang tetap  mempergunakan akal dan menurut                                     petunjuk petunjukKu tidak akan dapat  engkau sesatkan dan perdayakan. Dengan akal itu, mereka akan dapat  membezakan yang baik                                     dan yang buruk. Dengan tuntunan  petunjukKu, akal mereka akan mempunyai daya berfikir yang benar. Sesiapa  yang tak menggunakan                                     akal dan tidak menurut petunjukKu,  tentu dapat engkau goda dan sesatkan. Ini akan dipertanggung jawabkan di  hadapanKu nanti                                     dihari kemudian (Akhirat). Mendengar  keterangan Allah itu, Iblis terdiam. Tetapi hatinya makin mendongkol,  irihati dan dengkinya                                     terhadap manusia bertambah memuncak.
 Dia berpaling kepada Adam. Mata dan seluruh perhatiannya sekarang  ini ditujukannya                                     kepada Adam. Dia ingin tahu di mana  letak kelemahan kelemahan jasmani dan rohani manusia. Adam dipelajarinya  dari segala segi.                                     Akhirnya Iblis berkesimpulan bahawa  manusia itu selain mempunyai kekuatan berfikir, iaitu akal yang amat  hebat itu, juga mempunyai                                     banyak kelemahan kelemahannya.  Disamping akal itu, manusia mempunyai nafsu. Dan nafsu itu banyak sekali  macam ragamnya. Ada                                     nafsu terhadap makanan dan minuman,  ada nafsu kelamin atau syahwat, ada nafsu terhadap harta benda dan  kekayaan, terhadap                                     rumah tempat tinggal dan kenderaan  dan ada pula nafsu terhadap pangkat dan kedudukan yang tinggi di tengah  tengah sesama manusia.                                     Ditiap tiap macam nafsu, tabiat dan  karakter, terdapat banyak sekali pintu pintu atau lubang lubang  kelemahan dan setiap waktu                                     dapat dimasuki oleh Iblis untuk  memperdayakan dan mengacaukan kehidupan manusia
 Setelah melihat  semua kelemahan itu, Iblis                                     ketawa kecut. Dia ketawa dan  gembira, kerana berhasil melihat kelemahan manusia. Tetapi hatinya  menjadi kecut dan takut, bahawa                                     manusia disamping mempunyai kekuatan  yang hebat, iaitu akal, juga dengan akal itu dapat menerima petunjuk  petunjuk Tuhan.                                     Petunjuk Allah itu adalah merupakan  satu benteng berlapis waja yang tidak mungkin dapat ditembus oleh Setan  dan Iblis.
 Iblis                                     dari semula mengakui akan kelemahan  dirinya menghadapi manusia yang sedar dan iman yang berbentengkan  petunjuk Allah dalam                                     hidupnya. Bahkan kalau kita manusia  mengerti dan sedar pula akan kelemahan Iblis dan kekuatan rahsia dari  keimanan yang penuh                                     terhadap Allah dan petunjuk petunjuk  Allah, manusia akan selamat dalam kehidupan dunia dan akhiratnya dan  akan terhindar dari                                     tipu muslihat Iblis atau kesesatan  dalam hidup.
 Iblis adalah satu kekuatan ghaib yang dapat disamakan  dengan gelap. Sedang                                     keimanan terhadap Allah dan petunjuk  petunjuk Ilahi adalah pula satu kekuatan ghaib yang dapat disamakan  dengan terang atau                                     cahaya. Bila suatu tempat tidak  dimasuki oleh cahaya, pasti tempat itu diisi oleh gelap. Bila tempat  yang gelap itu dimasuki                                     cahaya, pasti gelapnya lenyap.  Begitu pulalah manusia sebagai tempat. Bila dia kosong dari keimanan dan  petunjuk Ilahi, akan                                     bermaharajalelalah Setan dan Iblis  atas dirinya. Tetapi bila manusia mempunyai keimanan di dada dan selalu  disiram dengan                                     petunjuk petunjuk Ilahi, segala daya  Iblis tak mampu memperdayakan.
 Kepada Adam diajarkan Tuhan pengetahuan pokok untuk                                     dapat hidup di permukaan bumi. Allah mengajarkan kepada Adam nama dari tiap sesuatu.
 Untuk  sekadar membuktikan kepada                                     para Malaikat, bahawa manusia layak  menjadi Khalifah dibumi, dan patut mendapat penghormatan dari Malaikat,  Allah lalu memanggil                                     Adam dan Malaikat supaya berkumpul.
 Kepada Malaikat Allah lalu berfirman: "Cuba kamu sebutkan nama dari tiap tiap sesuatu                                     yang terdapat di permukaan bumi itu, sekiranya kamu mengetahuinya."
 Dengan  merendahkan diri serendah rendahnya, Malaikat                                     menjawab: "Maha Suci Engkau, ya  Tuhan kami! Kami tidak mengetahui nama nama dari semua itu. Pengetahuan  kami hanya sekadar                                     apa yang Engkau ajarkan kepada kami.  Hanya Engkau saja, ya Allah, yang mengetahui segala galanya."
 Allah lalu berkata                                     kepada Adam: "Hai, Adam! Sekarang cuba engkau sebutkan nama dari benda benda itu semuanya!"
 Dengan segera Adam menyebutkan                                     nama dari tiap tiap benda yang dihadapkan Allah kepadanya, di hadapan kesemua Malaikat.
 Kemudian  itu Allah lalu berfirman                                     kepada Malaikat: "Bukankah Aku sudah  katakan kepada kamu sekalian, bahawa Aku mengetahui apa yang kamu tidak  mengetahui, tentang                                     rahsia rahsia langit dan bumi, Aku  mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan."
 Buat  Adam diberi                                     Allah tempat di dalam Syurga.  Makanan dan minuman tersedia serba cukup. Begitu juga apa saja yang ia  inginkan. Tetapi sayang,                                     Adam tinggal di Syurga itu seorang  diri, sebatang kara. Tempat yang sebagaimana bagusnya, makanan dan  minuman yang bagaimana                                     juga lazatnya tidaklah memberikan  kepuasan dan kebahagiaan yang sempurna. Manusia memerlukan teman,  sekalipun hanya seorang,                                     dengan siapa dia dapat mengemukakan  suka dan dukanya, atau kasih dan sayangnya. Teman inilah yang tak  dipunyai oleh Adam,                                     sekalipun dia sudah mempunyai Syurga  dengan segala kesenangannya. Sebab itu hidupnya selalu dalam kesepian.
 Allah  tahu                                     akan penderitaan yang berupa  kesepian yang di derita oleh Adam di dalam Syurga itu. Dan Allah kasihan  melihatnya. Oleh karena                                     itu Allah akan menciptakan makhluk  baru yang sama dengan Adam, tetapi jenis wanita, untuk menyempurnakan  segala kekurangan                                     dan kesepian dalam hidup Adam, untuk  menjadi isterinya. Dengan tujuan yang lebih tinggi, ialah untuk  meramaikan permukaan                                     bumi, untuk membuat sejarah  kebudayaan yang lebih menarik.
 Sejurus kemudian, Adam mengantuk,  lalu tertidur. Di kala dia                                     tertidur itulah, Allah s.w.t.  menciptakan manusia kedua, jenis wanita, isteri Adam yang bernama Hawa.  Setelah Adam terbangun                                     dan membuka kedua matanya, dia  melihat seseorang berdiri di samping, orang yang belum pernah dilihat  Adam sebelumnya. Orang                                     itu dipersilakan Adam duduk di  sampingnya, dan kepadanya Adam lalu bertanya: "Siapakah engkau, dan  siapa namamu?" Hawa menjawab:                                     "Saya adalah wanita, dan aku belum  tahu akan namaku sendiri." Bukan main senang dan gembiranya Adam melihat  wanita itu berkata                                     dan menggerak gerakkan badannya.
 "Engkau aku beri nama Hawa ertinya: Orang yang aku rindukan," kata Adam kepadanya.
 Para                                     Malaikat datang dan bertanya kepada Adam: "Siapakah nama temanmu itu, ya Adam?"
 "Namanya Hawa," sahut Adam.
 Dengan                                      isterinya yang bernama Hawa ini  hilanglah kesepian dalam hidup Adam. Keduanya hidup berbahagia di dalam  Syurga, aman dan tenteram,                                     tak kenal takut dan lelah,  makan-minum sepuas puasnya, kerana segala galanya tersedia serba cukup.
 Allah  lalu berfirman                                     kepada Adam: "Hai, Adam! Tinggallah  engkau dengan isterimu di dalam Syurga ini. Makan dan minumlah sepuas  puasnya. Tetapi                                     awas, janganlah engkau berdua  memakan buah dari pohon ini. Bila engkau berdua memakannya, bererti  engkau berdua melanggar                                     perintahKu, dan engkau berdua akan  mengalami kerugian besar, dan bererti aniaya terhadap dirimu sendiri."
 Selain  buah                                     Khuldi itu, di dalam Syurga terdapat  banyak dan bermacam ragam buah buahan. Semuanya boleh dimakan oleh Adam  dan Hawa. Hanya                                     buah Khuldi itu saja yang dilarang  oleh Allah memakannya, agar dengan larangan itu, dapatlah Adam dan Hawa  menahan hawa nafsunya,                                     dan dengan adanya larangan itu Adam  dan Hawa diuji tentang ingatan dan ketaatannya terhadap Allah. Kerana  hanya dengan ketaatan                                     inilah Allah dapat memberikan  kesempatan bagi manusia untuk tetap tinggal di dalam Syurga bersenang  senang dan berbahagia.
 Allah memberikan peringatan  kepada Adam dan Hawa agar keduanya menjauhkan diri dari Iblis, jangan  sampai menurutkan anjuran                                     dan ajakan Iblis, karena Iblis sudah  terang terang menyatakan dirinya sebagai musuh Adam dan anak cucunya  buat selama lamanya,                                     dan akan selalu sedaya upaya siang  dan malam dengan tidak rasa letih dan tidak bosan bosan, untuk  menjauhkan Adam dan semua                                     anak cucunya dari kebahagiaan hidup.
 Allah berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Iblis itu adalah musuhmu  dan musuh isterimu.                                     Dia akan selalu menggoda engkau  berdua agar engkau berdua terusir pula dari Syurga ini, sehingga engkau  berdua hidup sengsara.                                     Di Syurga ini engkau berdua dapat  hidup bahagia, tidak akan menderita lapar dan susah."
 Begitulah Adam  dan Hawa tinggal                                     di dalam Syurga. Hidup senang dan  bahagia, riang dan gembira. Sedang Iblis yang sudah diusir dari Syurga,  selalu berikhtiar                                     untuk dapat masuk Syurga kembali,  guna menipu dan memperdayakan Adam dan isterinya.
 Pada suatu kali,  Iblis berhasil dapat                                     masuk ke dalam Syurga, bertemu  dengan Adam dan isterinya. Iblis segera membujuk dengan berkata: "Hai,  Adam! Aku datang untuk                                     memberi nasihat yang baik kepadamu.  Mahukah kamu aku tunjuk, bahawa di sana itu ada satu pohon yang amat  lazat cita rasa buahnya.                                     Bila buah yang lazat itu engkau  makan, maka engkau dapat tinggal tetap di dalam Syurga ini buat selama  lamanya, dan Syurga                                     ini dapat engkau miliki sebagai satu  kerajaan yang tak akan rosak buat selama lamanya bagi engkau berdua."
 "Buah  apakah                                     gerangan yang engkau maksudkan itu?"  tanya Adam kepada Iblis. Iblis menunjuk ke arah pohon Khuldi yang sudah  dilarang oleh                                     Allah memakannya. Melihat isyarat  Iblis itu, tahulah Adam bahawa Iblis sudah mulai menggoda dan  menyesatkannya. Adam lalu                                     berpaling menjauhkan diri dari  Iblis.
 
 Tetapi  Iblis tidak lekas putus asa. Dia mendapat kesempatan yang                                     kedua bertemu dengan Adam dan Hawa.  Segera pula dia memujuk: "Larangan Tuhan kepada engkau berdua memakan  buah Khuldi itu,                                     dimaksudkan jika engkau berdua  adalah Malaikat. Sedang engkau berdua bukan Malaikat. Jadi engkau berdua  tidak terlarang memakannya."                                     Adam dan Hawa tidak mengacuhkan  pujukan halus itu. Keduanya berpaling dan menjauhkan diri dari Iblis  itu. Sebagai telah                                     diterangkan, ketika Iblis terusir  dari Syurga, ia bersumpah dihadapan Allah bahawa ia dan anak  keturunannya sampai hari kiamat                                     akan berusaha menyesatkan Adam dan  anak keturunannya. Bila ia gagal dalam usahanya yang pertama dan kedua,  ia tidak akan berputus                                     asa, pasti ia akan berusaha untuk  ketiga, keempat sampai ke sekian juta kalinya dalam menyesatkan dan  menggoda manusia Ia                                     tahu betul, bahawa salah satu  kelemahan manusia itu, ialah sering lupa. Iblis menunggu satu waktu, di  mana Adam dan Hawa sudah                                     lupa akan perintah Allah yang  melarangnya memakan buah terlarang itu.
 Pada suatu ketika, setelah  diselidikinya, Iblis                                     tahu betul bahawa Adam dan Hawa  dalam berlengah lengah kerana kesenangan di Syurga itu. Dan Iblis tahu  betul bahawa Adam dan                                     Hawa disaat itu sudah merasakan agak  lapar atau dahaga. Ia masuk mendapatkan Adam dan Hawa setelah ia  memetik sendiri akan                                     buah yang terlarang itu. Langsung  dia berkata kepada Adam dan Hawa:
 "Makanlah buah ini, demi Allah,  aku ini bukan memujuk                                     dan menyesatkan kamu, melainkan  semata mata memberi nasihat yang baik, agar kamu berdua dapat menetap di  Syurga ini untuk                                     selama lamanya. Makanlah buah ini,  makanlah!"
 Mendengar Iblis bersumpah dengan menyebut nama Allah,  Adam dan Hawa mulai                                     berfikir: "Tentu seorang tak akan  berani bersumpah dengan menyebut nama Allah dengan sumpah yang bohong.  Iblis itu tentu berkata                                     benar." Disaat Adam dan Hawa mulai  ragu ragu terhadap kebenaran perkataan Iblis itu, Iblis menyogokkan buah  Khuldi itu kepada                                     Adam dan Hawa. Melihat buah yang  ranum dan harum semerbak itu, selera Adam dan Hawa mulai tertarik  kepadanya. Adam dan Hawa                                     lalu lupa akan larangan Allah yang  melarangnya memakan buah itu. Buah itu diambilnya lalu dimakannya.
 Baru  saja buah Khuldi                                     itu masuk ke dalam rongga perut Adam  dan Hawa, maka lenyaplah pakaian yang menutup aurat keduanya, sehingga  kedua suami isteri                                     itu menjadi telanjang. Kedua duanya  pandang memandang dengan perasaan malu yang tidak terhingga. Keduanya  segera menyembunyikan                                     diri agar tidak dilihat Allah.  Keduanya memetik dua helai daun kayu yang terdapat di dalam Syurga,  untuk menutup aurat masing                                     masing.
 Allah lalu berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Apakah engkau lari dari Aku?"
 Jawab Adam: "Bukan aku lari dari                                     Engkau, ya Allah, tetapi aku malu dan takut kepada Engkau."
 Berkata  Allah: "Bukankah Aku sudah melarang kamu berdua memakan                                     buah itu! Dan Aku katakan pula,  bahawa Iblis itu adalah musuhmu yang nyata? Tetapi kenapa engkau berdua  masih memakan buah                                     yang Aku larang itu?"
 Dengan  menundukkan kepala serendah rendahnya, Adam dan Hawa minta ampun dan  taubat kepada Allah:                                     "Ya Allah Tuhan kami! Kami sudah  aniaya terhadap diri kami. Kalau Engkau tidak sudi kiranya mengampuni  dan mengasihani kami,                                     sungguh kami akan merugi dan  sengsara berpanjangan."
 "Ya, Aku perintah, tapi engkau berdua melanggar perintahku," kata                                     Allah pula.
 "Maafkan dan ampunilah kiranya kami ini, ya Tuhan," kata Adam dan Hawa serentak.
 Kembali  Tuhan berfirman                                     dengan marah: "Aku telah beri tempat  engkau berdua di SyurgaKu ini, dan Aku sediakan segala apa yang engkau  inginkan. Hanya                                     Aku larang engkau berdua memakan  buah Khuldi itu. Apakah buah Khuldi itu lebih berharga bagi engkau  berdua daripada Syurga                                     dengan segala isinya ini?"
 Sahut Adam: "Sungguh tak aku kira Tuhan, Iblis berani berkata bohong kepadaku dengan menyebut                                     namaMu."
 Allah lalu memutuskan  dengan firmanNya: "Demi kemuliaanKu. Engkau berdua harus meninggalkan  Syurga ini, turun                                     ke bumi yang sudah lama terbentang,  di mana engkau berdua juga dapat hidup, tetapi harus dengan bersusah  payah, dan dengan                                     mencucurkan keringat, kadang-kadang  juga airmata."
 Dengan mata berlinang, sedih dan takut, Adam bersimpuh menundukkan                                     kepala di hadapan Tuhan minta ampun: "Tuhanku! Tuhanku! Ampunilah aku, ampuni aku."
 Terhadap  Adam, Hawa dan Iblis, Allah                                     menetapkan putusan yang tak dapat di  robah lagi dengan berfirman: "Kamu semua harus turun ke bumi. Disanalah  tempatnya bagi                                     kamu untuk hidup bermusuh musuhan,  tipu menipu, perdaya memperdayakan, berhasad dan dengki. Aku beri  kesempatan kepada masing                                     masing kamu untuk hidup di bumi ini  di dalam waktu yang terbatas, juga dengan segala macam kesenangan dan  kesusahan yang terbatas                                     pula. Nanti akan datang ajal kepada  masing masing kamu, lalu masing masing kamu akan Aku panggil kembali  kepadaKu, untuk mempertanggung                                     jawabkan apa yang kamu sudah lakukan  selama hidup dimuka bumi itu."
 Airmata semakin banyak jatuh  bercucuran dari mata                                     Adam dan Hawa. Keduanya menangis  tersedu sedu, sambil menanggungkan sesal yang tidak terkira hebatnya  atas kesalahan, lantaran                                     godaan Iblis.
 Kepada Adam dan  Hawa kembali Allah berfirman: "Di bumi, kamu akan selalu didatangi dan  digoda oleh Iblis                                     dan semua anak cucu dan  kakitangannya. Di bumi, kamu akan menghadapi perjuangan yang berat  menghadapi mereka. Tetapi kamu                                     jangan takut. Kepadamu dan anak  cucumu akan Aku turunkan petunjuk petunjuk (ajaran-ajaran agama). Siapa  diantara kamu dan                                     anak cucumu itu yang senantiasa  mengikuti petunjukKu itu, dia tidak akan tersesat dan tidak akan  sengsara."
 Tidak lama                                     kemudian, tibalah Adam dan Hawa  dipermukaan bumi yang fana. Diterimanyalah wahyu Ilahi yang pertama yang  menyatakan, bahawa                                     Allah sudah berkenan mengampuni dosa  dan menerima taubat Adam dan Hawa. Sungguh Allah suka memberi ampunan  dan taubat bagi                                     siapa saja di antara hambaNya yang  merasa dirinya bersalah dan suka minta ampun dan taubat
 Cerita Adam  yang memakan buah                                     terlarang, lalu dikeluarkan dari  Syurga dan ditempatkan di bumi ini, sudah menyesatkan banyak manusia  dari dahulu sampai sekarang.                                     Mereka katakan bahawa dengan  perbuatan Adam itu maka dia sudah berdosa sebesar besar dosa, sehingga  Adam diusir Allah ke bumi                                     ini. Bahkan bukan hanya Adam dan  Hawa saja yang berdosa besar, melainkan juga seluruh anak keturunannya  sampai hari kiamat.                                     Demikian hebat dan besarnya dosa  Adam dan keturunannya dengan kesalahan tersebut, tidak dapat diampuni  begitu saja, sehingga                                     Allah kerana kasihNya, menjelma  menjadi anak manusia melalui perut seorang wanita, lalu mati di tiang  salib untuk menebus                                     dosa tersebut.
 Untuk  menghindarkan manusia dari kesesatan yang nyata ini, Allah telah  mengutus RasulNya yang terakhir,                                     iaitu Muhammad s.a.w., untuk  menyampaikan wahyu wahyu dari Allah, iaitu al-Quran. Berulang kali dalam  al-Quran, Allah menyatakan                                     bahawa Adam melanggar perintah Allah  itu, adalah semata mata kerana terlupa sama sekali bukan kerana  sengaja. Sebab itu, Adam                                     dianggap Allah hanya tersalah, dan  bukan berdosa yang tidak terampun. Semua kesalahan yang dilakukan  manusia kerana lupa,                                     tidaklah dianggap Allah sebagai  dosa. Apalagi kesalahan Adam ini hanya sekadar memakan sebiji buah,  tidaklah dapat dianggap                                     sebagai kesalahan besar, melainkan  hanya suatu kesalahan yang amat kecil dan kecil sekali.
 Tetapi  bagaimanapun kecilnya                                     kesalahan ini, kerana kesucian dan  kesedarannya yang amat tinggi itu, Adam sangat menyesal, Adam mengeluh,  Adam minta ampun                                     dan taubat. Seorang yang dapat  menyedari akan kesalahannya, bukanlah orang yang berdosa, melainkan  seorang yang amat mulia,                                     seorang yang amat suci.
 Berulangkali  pula didalam al-Quran diterangkan, bahawa Allah sudah berkenan  mengampuni kesalahan                                     Adam yang kecil itu. Bahkan bukan  hanya diampuni dan diberi taubat saja oleh Allah, melainkan kerana  kesedarannya dan penyesalannya                                     itu, Adam menjadi manusia yang  terpilih, diberi petunjuk dan diangkat Allah menjadi Nabi. Adalah suatu  kesesatan yang nyata,                                     menganggap seorang Nabi orang  berdosa.
 Begitu pun tentang dikeluarkannya Adam dan Hawa dari  Syurga, lalu dipindahkan dan                                     ditempatkan di bumi ini, bukanlah  menunjukkan bahawa Adam berdosa. Kerana bukankah telah diterangkan  bahawa sebelum Adam melakukan                                     pelanggaran tersebut, Allah sudah  menyatakan kepada seluruh Malaikat, bahawa Adam itu diciptakan Allah  untuk menjadi Khalifah                                     di bumi ini. Ertinya bahawa Adam dan  anak cucunya, diciptakan Allah untuk menghuni bumi yang sudah  terbentang luas. Adalah                                     suatu kesesatan yang nyata pula,  kalau di katakan bahawa manusia ditempatkan di bumi ini, kerana dosa dan  kesalahan yang telah                                     diperbuat Adam dan Hawa. Umat Islam  harus membersihkan diri dari kesesatan yang nyata ini.
 Adam menurut  ajaran agama kita                                     Islam, selain manusia pertama, juga  seorang Nabi dan Rasul. Kita umat Islam diwajibkan beriman kepada semua  Nabi dan Rasul,                                     serta mempercayai bahawa setiap Nabi  dan Rasul itu harus bersih dari segala dosa, sekalipun sebagai manusia  mungkin saja tersalah,                                     iaitu kerana lupa dan lain lain.  Kesalahan bukan dosa. Nabi nabi dan Rasul rasul yang lain pun pernah  pula tersalah karena                                     lupa. Nabi Muhammad s.a.w. pernah  tersalah, iaitu mengakhiri sembahyang asar yang seharusnya empat rakaat,  sesudah beliau                                     baru saja melakukannya dua rakaat.  Setelah diperingatkan oleh para Sahabat yang menjadi makmumnya, barulah  beliau sedar, dan                                     beliau langsung meneruskan  sembahyang tersebut sampai empat rakaat.
 Lebih hebat lagi kesesatan  sebahagian manusia yang                                     mengatakan bahawa: kesalahan Adam  itu menjadi dosa pula bagi semua anak cucunya sampai hari kiamat, yang  mereka katakan dosa                                     asal. Padahal semua manusia yang  baru lahir, bersih dari segala dosa, sekalipun ibu bapanya berdosa atau  bersalah. Tidaklah                                     adil dan patut kalau seorang ibu  atau bapa berdosa, lalu anaknya dianggap berdosa pula karena dosa ibu  dan bapanya itu. Dosa                                     itu baru timbul sesudah seorang anak  menjadi baligh dan berakal (aqil baligh), kerana perbuatannya sendiri.
 Alangkah  hebatnya                                     dosa orang yang membawa manusia  kepada agama kepercayaannya yang setiap waktu secara berulangkali  mengatakan bahawa Nabi Adam                                     berdosa. Mengambinghitamkan seorang  manusia suci, Nabi dan Rasul, iaitu Adam, untuk mendapatkan pengikut,  bukanlah suatu perbuatan                                     yang suci, melainkan sebaliknya,  suatu perbuatan yang tercela dan berdosa pula.
 Kisah Adam yang  demikian itu disampaikan                                     Allah kepada manusia dengan  perantaraan Kitab SuciNya al-Quran, adalah sebagai pelajaran dan  peringatan bahawa kita manusia                                     sekalipun makhluk terbaik dan mulia  tetapi tetap mempunyai kelemahan. Diantara kelemahan manusia itu ialah  sifat pelupa. Dan                                     disaat kita lupa itu, kita dapat  diperdayakan dan disesatkan oleh Iblis. Hendaknya berhati hati sekali  jangan sampai dapat                                     disesatkan oleh Iblis itu.
 
 MULAI HIDUP BERKETURUNAN Alangkah  terkejutnya                                     Adam dan Hawa setibanya dipermukaan  bumi ini. Sungguh besar perbezaan Syurga dengan Bumi, seperti perbezaan  siang dengan malam.                                     Dilihat Adam dan Hawa bahawa bumi  ini penuh dengan hutan belantara. Penuh dengan pokok pokok yang besar  dan bercabang cabang.
 Didalamnya hidup segala macam  binatang buas yang selalu hendak menerkam mangsanya. Singa, harimau,  gajah, beruang, ular                                     dan lain-lain sebagainya. Kerana  takutnya terhadap binatang buas itu, Adam dan Hawa dengan bersusah  payah, sedaya upaya mencari                                     tempatuntuk bersembunyi. Disalah  satu dataran tinggi, didapati Adam dan Hawa sebuah gua yang agak luas.  Disanalah mereka menetap                                     dan bersembunyi.
 Tetapi akhirnya  Adam dan Hawa merasa dahaga dan lapar. Dengan bersusah-payah pula,  keduanya harus keluar                                     dari gua mencari air untuk diminum  dan buah-buahan untuk dimakan. Tetapi tidak semua air dapat diminum dan  tak semua buah                                     dapat dimakan, Ada yang pahit,  masin, masam, dan ada pula yang enak, manis dan gurih. Ya, ternyatalah,  bahwa kehidupan didunia                                     ini beza dengan kehidupan di Syurga  dahulu. Kehidupan didunia ini setiap saat atau detik penuh dengan  perjuangan. Setiap saat                                     harus memeras otak, memeras tenaga  dan keringat.
 Begitulah, setiap kali merasa dahaga dan lapar, Adam  dan Hawa                                     terpaksa berjalan sejauh jauhnya  mencari air dan buah buahan. Sedang bahaya binatang binatang buas selalu  mengancam jiwanya.                                     Rupanya kehidupan dipermukaan bumi  ini, adalah satu cara hidup yang selalu dalam proses dan peredaran, yang  selalu silih berganti                                     antara senang dan susah, dingin dan  panas, naik dan turun, kenyang dan lapar, sihat dan sakit dan  seterusnya. Segala macam                                     penderitaan yang berbentuk dahaga,  lapar, bahaya binatang buas dan lain-lain telah dapat menggerakkan akal  dan fikiran Adam                                     dan Hawa, bagaimana mereka dapat  membebaskan diri dari penderitaan itu.
 Timbullah fikiran dalam  hatinya untuk menanam                                     pohon-pohon yang buahnya enak  dimakan disekitar tempat kediamannya, agar dia terhindar dari bahaya  binatang-binatang buas                                     didalam hutan belukar mencari atau  memetik buah-buah yang dia inginkan. Dengan mempergunakan dahan dahan  kayu, tempat disekitar                                     gua itu ditebasnya. Dipindahkannya  ke situ pokok pokok yang dirasanya enak dimakan buahnya, untuk  menghilangkan laparnya.
 Ya, Adam terpaksa memeras  tenaga, mencucurkan peluh, memeras otak dan fikiran, untuk mendapatkan  makanan menghilangkan                                     lapar. Isterinya Hawa pun demikian  pula. Dia terpaksa menolong Adam dengan tenaga yang ada padanya.  Begitulah, bertahun tahun                                     kemudian, Adam dan Hawa sudah dapat  bercucuk tanam, dan sudah pandai pula berternak memelihara binatang  ternakan seperti kambing                                     dan ayam.
 |                                 |  |                                 |  |  
 | 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar